Selasa, 14 Ogos 2012

Zakat Fitrah Tu, Mesti Dibayar Sebelum Raya Tau?


1. Setiap kali bulan Ramadhan, Majlis-Majlis Agama Islam setiap negeri akan membuka kaunter zakat mereka di ruang-ruang awam, samada di Baram; Bazar Ramadhan, Pusat Membeli-Belah, dan di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta.

2. Tujuan mereka membuka kaunter-kaunter sebegini rupa adalah bagi membantu Muslimin dan Muslimat untuk menyenangkan mereka membuat pembayaran zakat dengan tuntas, juga memastikan mereka sempat membayarnya sebelum tamat hari raya pertama - sehingga, ada negeri telah membuat kaunter zakat pandu-lalu pula.

3. Dalam fahaman dan cara hidup Islam, Zakat Fitrah adalah salah satu komponen perancangan dan pengurusan kewangan yang wajib ditunaikan, selain zakat-zakat yang lain; Zakat Perniagaan, Zakat Pendapatan, Zakat Emas dan Perak, Zakat Simpanan, Zakat Pertanian, Zakat Galian/Rikaz yang mana memperuntukkan 2.5% sahaja dari nilaian harta yang wajib dizakatkan. Berbeza dengan Zakat Fitrah, nilainya adalah bergantung kepada nilaian makanan asasi dan juga keadaan ekonomi setempat. Untuk itu, majlis-majlis agama Islam setiap negeri akan menentukan nilainya.

4. Zakat Fitah ini, ada 5 waktu-waktu yang perlu kita ketahui statusnya. iaitu waktu-waktu yang harus, wajib, afdhal, makruh dan haram.
  • Waktu Harus - iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
  • Waktu Wajib - iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
  • Waktu Afdhal - iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.
  • Waktu Makruh - iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
  • Waktu Haram - iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.
5. Bagi tujuan makluman, ini adalah link terus kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tentang nilaian Zakat Fitrah untuk tahun 2012 ini. Boleh juga berhubung dengan Amil Zakat (tukang kutip zakat) di tempat anda untuk info lanjut.

6. Berkenaan dengan penerima zakat fitrah ini, adalah lebih baik kita tidak meragui proses dan prosedurnya. Barangkali ada kepincangan dari segi keberkesanan dan ketepatan penerima. Namun, apa yang paling penting adalah kita sudah terlepas dari dosa tidak melaksanakan tuntuan agama. Ada juga individu yang lebih suka menyampaikan terus zakat ini kepada penerima. Harus diingat, ianya mestilah diniatkan sebagai zakat dan bukannya sedeqah, yang merpukan satu lagi komponen perancangan dan pengurusan kewangan.

7. Begitupun, dalam ramai-ramai manusia yang membayar zakat, pasti akan ada orang-orang yang mengelak untuk membayarnya - sepertimana ada muslimin dan muslimat yang tidak bepuasa di bulan Ramadhan. Puasa yang yok bak kata orang dulu-dulu. :)

In before, kami di WinningWealth ada bekerjasama dengan pihak Angkatan Belia Islam Malaysia, Johor mengadakan Kempen Sumbangan Seorang Sekampit Beras dan ini adalah projek peringkat Nasional. Kempen ini adalah kempen yang mana kami akan mencari penyumbang-peynyumbang yang ingin menyumbang kepada asnaf sasaran kami. Dan Alhamdulillah, setelah beberapa tahun, projek ini memberi impak positif kepada penerima. Boleh lawati facebook ABIM Johor untuk update projek ini. Untuk info, penyumbang-penyumbang pula, samada mereka ini memang ingin menyumbang, membayar zakat-tanpa-resit mereka dan ada juga yang membayar Fidyah.

Sekiranya anda ingin menyumbang, hubungi kami atau ABIM daerah masing-masing. Sesegera yang mungkin sebelum Hari Raya juga ya!

Ditulis oleh Faizul Amin dengan Tiada komen

0 komen:

 
Aktiviti Facebook