Isnin, 30 Julai 2012

Kaitan Agihan Public Mutual dengan LHDN

1. Untuk kali ini, mesti ada ramai pelabur-pelabur untuk dana Public Islamic Equity Fund dan Public Ittikal Fund akan menerima Agihan (Distribution, lazimnya orang ramai guna perkataan Dividen) pada bulan Jun ini. Ini adalah kerana kedua-dua dana ini mempunyai tahun kewangan yang berakhir pada setiap 31 Mei.

2. Saya kerap menerima mesej melalui SMS mahupun facebook apabila klien-klien menerima penyata seperti yang saya kepilkan dalam entri ini. Ada dua jenis, satunya, Agihan Dilaburkan Semula dan Agihan Dibayar Tunai. Boleh pilih mana-mana satu untuk membuat rujukan.

3. Justeru, sila rujuk dua jenis Distribution Warrant seperti di bawah ini. Perhatikan pada bahagian Voucher No., Taxable Income (RM) dan Malaysian Tax (RM). Tiga item ini sangat penting untuk digunakan di dalam Borang HK-3 LHDN.

4. Rumus bagi pengiraan Net Payable adalah Taxable Income - Malaysian tax + Single-Tier Income - Non Allowable Expenses + Non Taxable Income.






5. Seterusnya, wajib kita ketahui bahawa semua Agihan yang telah diberikan kepad kita sebenarnya telah dicukaikan. Bermakna, selaku rakyat kita berhak untuk menuntut kembali agihan yang yang telah diambil oleh pihak LHDN. Ini penting bagi memaksimakan keuntungan yang kita perolehi. Untuk membuat tuntutan ini, kita memerlukan borang Lampiran HK-3 (tak kisah samada anda mengisi borang B atau BE) yang saya muat turun dari laman web LHDN ini. Bagi taksiran sendiri menggunakan internet, sila awasi bahagian tuntutan dividen.

6. Mengisi borang HK-3 itu tidaklah sesusah mana. Saya lampirkan di bawah ini, tatacara mengisi borangnya. Perhatikan rumus yang digunakan.

7. Dengan itu, suka lah saya ingatkan, kepada pelabur-pelabur unit amanah, agar membuat tuntutan-tuntutan ini kerana dalam prinsip pengurusan kewangan, elakkan lah diri dari berbelanja kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya; termasuk membayar cukai yang berlebihan/menuntut kembali lebihan cukai yang dibayar.

Semoga entri ini memberi manfaat kepada pembaca.

Ditulis oleh Faizul Amin dengan Tiada komen

Isnin, 23 Julai 2012

Kan bisnes UTC ni, kerjaya yang senang?

1. Salam sejahtera untuk semua Unit Trust Consultant, Public Mutual Berhad, yang bersama di dalam ejensi ini, WinningWealth Consultant.

2. Saya selalu melihat ramai rakan-rakan kita yang baru mahu menceburi bidang perniagaan lain/pekerjaan lain, sehinggakan bidang perniagaan perkhidmatan kewangan yang sedang kita usahakan ini, kelihatan seperti tidak diuruskan dengan baik.

3. Secara faktanya, perkhidmatan kewangan (dan kita terangkum di dalamnya) merupakan salah satu agenda pembangunan negara. Ini disebut di dalam Bajet 2011 yang dibacakan oleh YAB @Najib Razak. Kemudian, ingat lagi dengan Dana Pencen Swasta yang pernah heboh dulu? Tahun 2012 adalah tahun perlaksanaan. Kalau kita orang berniaga, mesti kita akan nampak peluang perniaagaan di sini.

4. Selanjutnya. Suka saya nyatakan, kita selaku ahli perniagaan perlulah sentiasa membuat semakan dengan inventori/aset, wang masuk, wang keluar, sumber manusia, pelanggan dan paling penting; JUALAN. Kerana, tiada jualan, tiadalah bisnes.

5. Namun, kalau kita perhalusi perniagaan penjualan unit amanah ini, kita langsung tidak perlu membuat inventori aset seperti menjual pakaian mahupun perabot sebagai contoh. Kita juga tidak perlu melabur modal yang banyak untuk membeli peralatan pejabat dan juga menguruskan sumber manusia.

6. Pelaburan terbesar kita hanya satu sahaja, iaitu melaburkan masa, tenaga, dan duit terhadap mengumpul ilmu dan pengetahuan. Ertinya, memantapkan lagi pengetahuan kita terhadap hal-ehwal pengurusan kewangan. Kalaupun perlu membuat belian, hanyalah mencetak kad perniagaan baru, ataupun membeli borang-borang. Apalah sangat harga borang Pelaburan Tunai sebanyak dua puluh sen berbanding pulangan minima RM27.50 dari satu borang yang kita keluarkan. Ringkasnya, keutungan runcit sehingga 13650%!
Dari sini, saya nampak perniagaan kita ini low-cost saja sebenarnya.

Tak percaya? Lihat imej di atas ni. Pada tarikh ini, saya telah menghantar 5 set borang ke pejabat. Mereka ini adalah pelabur-pelabur yang menambah akaun pelaburan mereka. Masih muda-muda lagi mereka ini. Penghasilan saya pada waktu ini sahaja adalah sebanyak RM31,980. Ini serius, 7 Ogos depan, komisyen masuk.

7. Justeru, saya menyeru kita semua untuk bangkit, mantapkan pengetahuan dan beramanahlah dengan klien-klien kita. Sesungguhnya, saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan sekalian ke dalam ejensi ini bukan lah untuk menjadi tukang tengok orang lain berjaya. Saya mahu kita semua sama-sama berjaya; berjaya di dunia sebagai jambatan ke akhirat.

Ditulis oleh thewinwealth dengan Tiada komen

Ahad, 22 Julai 2012

Bagaimana membeli kereta tanpa tunai?


1. Mungkin kedengarannya agak pelik untuk membeli kereta tanpa tunai; percuma.

2. Bukan susah pun, hanya perlu tonton video ini dari mula sampai habis. Ideanya adalah menggunakan duit yang kita sanggup keluarkan untuk membayar kereta, ditangguhkan dahulu hingga kita cukup duit untuk membeli kereta secara tunai.

3. Di Malaysia, walaubagaimanapun. Mungkin agak kurang sesuai kerana price to earning di sini sangat lah mendukacitakan. Saya pernah berbual-bual dengan seorang rakan kelab kereta Proton Savvy yang berada di UK. ketika itu tahun 2008 dan saya masih bekerja di sebuah kilang elektronik EMS di Selatan Malaysia.

4. Rakan saya itu, seorang lepasan Universiti dan memeperolehi gaji sekitar GBP1900 sebulan manakala saya Jurutera dengan gaji RM2700 sebulan. Rakan saya itu membeli Proton Savvy yang berharga dalam GBP7000, manakala saya membelinya dengan harga RM40000. Inilah yang saya cuba maksudkan price to earning kita sangat mendukacitakan.

5. Tak mengapa, kita ketepikan dahulu soal praktikalitinya memebeli kereta secara tunai di Malaysia.

6. Yang penting, menanam budaya menyimpan sejak awal adalah sangat-sangat diperlukan bagi menjamin kemandirian kewangan kita. Simpan, dan laburkan lah di institusi yang memberikan pulangan yang baik. Sekiranya anda Muslim, pastikan ianya dana patuh shariah.

7. Sungguhpun demikian, ada seorang perunding top di Syarikat ini, memang pernah membeli sebuah BMW yang baru, secara tunai. Itu okey lagi. Yang mantapnya, wanita itu membeli tunai, hanya menggunakan duit dividen pelaburannya semata-mata. Bayangkan modal pelaburannya pula? Fuh!

Ditulis oleh Faizul Amin dengan Tiada komen

Sabtu, 21 Julai 2012

Selamat datang, Ramadhan al-Karim

1. Alhamdulillah, 21 Julai 2012, bersamaan 1 Ramadhan 1433, secara rasminya laman weblog ini dibuka. Setelah bertungkus lumus menyelesaikan masalah coding yang menyerabutkan fikiran.

2. Saya dedikasikan pos ini kepada semua klien-klien kami yang membacanya. Harap tuan-tuan dan puan-puan sekalian sudi untuk tekan butang like untuk web ini. Sekiranya tuan/puan membacanya dari kantung emel tuan/puan, saya ada berikan link untuk ke sini dalam emel tersebut.

3. Pagi tadi, saya menerima kiriman majalah daripada ibu pejabat, dan muka depannya, saya fikir sangat menarik perhatian. Saya ambil gambar dan jadikan ia sebagai imej pertama untuk pos di weblog ini. Kalian fikir, bagaimana?

4. Untuk itu, bersempena Ramadhan 1433H ini, saya ingin ucapkan selamat menyambut bulan keampunan ini, beserta semangat untuk mencabar diri agar menjadi Muslimin dan Muslimat yang lebih baik daripada keadaan kita sekarang. Buat klien-klien yang bukan beragama Islam, jom kita meriahkan bulan mulia ini dengan memberi sokongan moral kepada rakan-rakan muslim kita yang lain!

5. Untuk rakan-rakan niaga di dalam ejensi ini, saya seru agar kita semua bekerja lebih keras demi masa depan yang lebih baik. Challenge yourself to go further! Kita kan ada satu contest yang akan tamat tempohnya hujung bulan ini. Menurut perkiraan saya, saya akan qualify untuk contest itu pada hujung Julai ini.

6. Untuk semua yang membaca, selamat membaca saya ucapkan.

7. Selamat berpuasa, dan selamat bercuti buat warga negeri yang bercuti pada hujung minggu ini! :)

Ditulis oleh Faizul Amin dengan Tiada komen
 
Aktiviti Facebook