Khamis, 2 Ogos 2012

Tips Untuk Menyertai Pelan Takaful

sijil takaful malaysia, ikhlas prubsn

1. Pastinya ramai di kalangan kita yang selalu terpinga-pinga apabila dikunjungi atau di'prospek' oleh Ejen-Ejen Takaful (mahupun insurans) dan lazimnya, ejen-ejen ini akan mewakili operator-operator tertentu. Sekiranya ejen takaful, mereka mungkin akan mewakili salah satu dari 11 operator Takaful di Malaysia.

2. Setiap ejen yang mewakili operator-operator ini pula akan menerangkan lebih kurang 40%-50% daripada maklumat produk. Ya, penerangannya tidak lengkap 100% kerana adalah mustahil untuk memberi kefahaman 100% terhadap setiap produk. Maklumatnya tersangat banyak. Apa yang ejen boleh terangkan terbatas kepada keistimewaan setiap produk.

3. Ringkasnya, pelan asas yang wajib ada adalah Sum Covered dan seterusnya akan di tokok dengan pelan-pelan tambahan yang lazimnya dipanggil Riders. Riders ini pula merangkumi Elaun Penghospitalan, Kad Perubatan, Belanja Kematian, Kemalangan, Pengecualian Sumbangan dan lain-lain lagi. Riders ini mungkin berbaza pada namanya bagi setiap Operator. Di Takaful Malaysia bagaimanapun, pelan asasnya dipanggil Takaful myGenLife dan boleh juga ditokok dengan Riders seperti berikut.
  • Takaful myGen Medic
  • Takaful myGen Critical Illness
  • Takaful myGen Personal Accident
  • Takaful myGen Hospital Cash
  • Takaful myGen Term
  • Takaful myGen Saver
  • Takaful myGen Waiver / Takaful myGen Payor / Takaful myGen Payor Plus
4. Menyertai pelan takaful sememangnya bukanlah untuk membuat untung seperti mana jika kita melabur. Mengambil pelan takaful ini, terhad untuk memindahkan beban kewangan yang kita bakal tanggungi kepada operator yang disokong oleh penyumbang-penyumbang yang lain. Contohnya; kita terpaksa dimasukkan ke dalam hospital dek kerana penyakit barah yang baru kita ketahui wujud dalam badan kita. Kemampuan kewangan pada ketika itu pula hanyalah RM15,000 (iaitu RM7000 had kad kredit, RM3000 gaji bulan semasa, dan RM5000 simpanan kecemasan sedia ada). Kos rawatan pula mencecah RM30,000 yang mana kedudukan kewangan semasa kita hanyalah separuh daripada keperluan rawatan. Sekiranya kita merupakan seorang peserta Takaful, menggunakan dana terkumpul dari peserta-peserta lain dan dan Operator, kos RM30,000 tadi akan dijelaskan oleh pihak Operator! Begitupun, ia tertakluk kepada jumlah perlindungan yang kita langgan.

5. Justeru, sekiranya kita ingin mengambil pelan Takaful, baik sekiranya kita menilai kemampuan kewangan kita terlebih dahulu. Perkara kritikal yang perlu kita nilaikan adalah;
  1. Jumlah beban hutang yang kita tanggung pada ketika ini.
  2. Jumlah tanggungan / penggunan wang tunai pada ketika ini.
  3. Jangkaan beban hutang yang akan kita tanggung ketika kita mati nanti.
  4. Jangkaan dana yang perlu disiapkan untuk kegunaan waris apabila kita sudah tiada
  5. Jangkaan kos rawatan di hospital ketika kita akan sakit.
  6. Andai berminat dengan 'masuk hospital pun dapat duit', berapa keperluan tersebut?
  7. dan akhir sekali, berapa kita mampu untuk sumbangan bulanan kita?
6. Untuk pembaca yang menganuti Agama Islam. Suka saya ingatkan, biar macamana pun, pastikan kita hanya mengambil pelan TAKAFUL sahaja, dan bukannya INSURANS KONVENSIONAL. Meskipun takaful dan insurans kelihatannya sama, ternyata hanya sama dari segi luaran sahaja. Isi kandungnya, prosesnya, prosedurnya, dan operasinya sama sekali tidak sama. Ini kerana, mengoperasikan sebuah syarikat Takaful adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip syariah. Hal ini, usah kita debatkan. Kerana kita bukan mahu mencari mana yang bagus mana yang tidak. Yang kita cari adalah keredhaan Allah SWT!

Sekian pos sulung tentang takaful ini. Semoga memberi manfaat.

Ditulis oleh thewinwealth dengan Tiada komen

0 komen:

 
Aktiviti Facebook