Khamis, 9 Ogos 2012

Dah kemaskini akaun KWSP anda?


1. Bagi rata-rata pekerja di Malaysia, pastinya mempunyai akaun KWSP masing-masing. Akaun KWSP ini, samada dibukakan oleh pihak Majikan mahupun kita sendiri yang akan berurusan di mana-mana kaunter KWSP untuk membuka akaun.

2. Akaun KWSP ini perlu dibuka oleh semua pekerja (wajib kepada warganegara Malaysia dan opsyen kepada pekerja bukan warganegara) kerana selain daripada perintah kerajaan di bawah Akta 452 - Akta KWSP 1991, duit yang dicarum secara bulanan ini adalah untuk kegunaan diri sendiri pada hari tua, pasca persaraan.

3. Bagaimanakah pula struktur caruman kita ke dalam akaun KWSP ini? Setiap pencarum akan mencarum secara bulanan pada kadar yang ditentukan oleh Akta iaitu sekitar 11% caruman pekerja dan antara 12-13% pula caruman dari majikan. Adalah menjadi suatu kesalahan jka majikan tidak mencarumkan bagi pihak pekerja. Sebagai contoh. sekiranya kita menerima upah bulanan bernilai RM4,000 kita wajib mencarum sebanyak RM443 dan majikan pula akan menokok lagi RM523 ke akaun kita. Ini memberi jumlah sebanyak RM963 caruman setiap bulan.

4. Dari situ pula akan wujud dua akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Akaun 1 ini, bahagiannya adalah 70% daripada jumlah caruman bulanan dan Akaun 2 pula, 30% daripada caruman bulanan. Ertinya, RM674 akan dimasukkan ke Akaun 1 dan bakinya ke Akaun 2. Proses ini berlaku setiap bulan dan di akhir tahun, pihak KWSP akan membuat penutupan akaun bagi mengira dividen yang akan dipulangkan kepada semua pencarum. Rajah berikut merupakan ringkasan dividen yang pernah diberikan oleh KWSP kepada pencarum. Harus diketeahui, KWSP sebenarnya telah melakukan tugasnya dgn agak baik, kerana KWSP tertakluk kepada perintah untuk memberi dividen minima 2.5%.
5. Sebagai pekerja walaubagaimanapun, kita boleh mengeluarkan juga duit kita dari sini untuk tujuan-tujuan berikut dan saya tunjukkan di dalam jadual di bawah.
Jenis Pengeluaran Dibenarkan
Pengeluaran dari
akaun 1 akaun 2 semua
Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan þ
Pengeluaran Hilang Upaya þ
Pengeluaran Kematian þ
Pengeluaran Kesihatan þ
Pengeluaran Membina/Membeli Rumah þ
Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan þ
Pengeluaran Meninggalkan Negara þ
Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan þ
Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli þ
Pengeluaran Pendidikan þ
Pengeluaran Perumahan Fleksibel þ
Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta þ*
Pengeluaran Umur 50 Tahun þ
Pengeluaran Umur 55 Tahun þ
*Pengeluaran dari akaun 2 dengan minima RM50,000 terlebih dahulu

6. Oleh kerana pos kali ini berkenaan KWSP dan peranannya dalam kehidupan kita, saya ingin menyeru agar semua pembaca untuk 1. mengemaskini maklumat peribadi dan membuat penamaan, dan 2. mendaftar untuk menggunakan i-akaun, sekiranya sudah mendaftar sebagai pengguna, sukacita dimaklumkan bahawa laman web KWSP telah dinaiktaraf. Anda mungkin perlu untuk mengemaskini juga i-akaun anda. Klik sini untuk log masuk ke web KWSP.

7. Itu sahaja untuk kali ini. Saya akan menulis lagi tentang KWSP di masa akan datang.

Ditulis oleh Faizul Amin dengan Tiada komen

0 komen:

 
Aktiviti Facebook