Isnin, 30 Julai 2012

Kaitan Agihan Public Mutual dengan LHDN

1. Untuk kali ini, mesti ada ramai pelabur-pelabur untuk dana Public Islamic Equity Fund dan Public Ittikal Fund akan menerima Agihan (Distribution, lazimnya orang ramai guna perkataan Dividen) pada bulan Jun ini. Ini adalah kerana kedua-dua dana ini mempunyai tahun kewangan yang berakhir pada setiap 31 Mei.

2. Saya kerap menerima mesej melalui SMS mahupun facebook apabila klien-klien menerima penyata seperti yang saya kepilkan dalam entri ini. Ada dua jenis, satunya, Agihan Dilaburkan Semula dan Agihan Dibayar Tunai. Boleh pilih mana-mana satu untuk membuat rujukan.

3. Justeru, sila rujuk dua jenis Distribution Warrant seperti di bawah ini. Perhatikan pada bahagian Voucher No., Taxable Income (RM) dan Malaysian Tax (RM). Tiga item ini sangat penting untuk digunakan di dalam Borang HK-3 LHDN.

4. Rumus bagi pengiraan Net Payable adalah Taxable Income - Malaysian tax + Single-Tier Income - Non Allowable Expenses + Non Taxable Income.






5. Seterusnya, wajib kita ketahui bahawa semua Agihan yang telah diberikan kepad kita sebenarnya telah dicukaikan. Bermakna, selaku rakyat kita berhak untuk menuntut kembali agihan yang yang telah diambil oleh pihak LHDN. Ini penting bagi memaksimakan keuntungan yang kita perolehi. Untuk membuat tuntutan ini, kita memerlukan borang Lampiran HK-3 (tak kisah samada anda mengisi borang B atau BE) yang saya muat turun dari laman web LHDN ini. Bagi taksiran sendiri menggunakan internet, sila awasi bahagian tuntutan dividen.

6. Mengisi borang HK-3 itu tidaklah sesusah mana. Saya lampirkan di bawah ini, tatacara mengisi borangnya. Perhatikan rumus yang digunakan.

7. Dengan itu, suka lah saya ingatkan, kepada pelabur-pelabur unit amanah, agar membuat tuntutan-tuntutan ini kerana dalam prinsip pengurusan kewangan, elakkan lah diri dari berbelanja kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya; termasuk membayar cukai yang berlebihan/menuntut kembali lebihan cukai yang dibayar.

Semoga entri ini memberi manfaat kepada pembaca.

Ditulis oleh Faizul Amin dengan Tiada komen

0 komen:

 
Aktiviti Facebook